Semua orang mahu berubah daripada baik kepada lebih baik. Daripada
miskin kepada kaya. Daripada susah menjadi senang. Daripada bodoh
menjadi pandai. Daripada makan gaji menjadi usahawan. Daripada
supervisor menjadi manager......dan lain-lain lagi.
Segala yang berharga ada harga yang perlu kita bayar untuk mendapatkannya. Ramai yang merasakan sukar untuk mengadakan jumlah bayaran yang kita perlu untuk menjadi lebih baik daripada sekarang. Sebabnya adalah kerana kita sangkakan kita tidak memilikinya.
Tapi sedarkah anda bahawa kita semua sentiasa memiliki apa yang diperlukan untuk menjadi lebih baik. Kita tidak perlu memintanya daripada sesiapapun melainkan ianya ada dalam diri kita sendiri.
Untuk berubah menjadi lebih baik anda hanya perlu menukarkannya dengan 'keselesaan' yang anda ada. Jika anda sanggup melepaskan keselesaan tersebut demi mengejar impian menjadi lebih baik daripada apa yang anda ada sekarang, Insyallah, tidak ada sesiapa yang dapat menghalangnya.
Dari mana datangnya keselesaan?
Keselesaan merupakan segala perkara yang menjadi tabiat diri kita. Tabiat merupakan apa yang sering kita ulangi sehingga ia sebati menjadi darah daging. Dalam banyak kitab tasawuf, mereka namakan itu sebagai akhlak.
Tidak kira samada ianya adalah sesuatu yang baik atau buruk, segala perkara yang menjadi akhlak kita itulah yang membentuk keselesaan dalam diri kita. Keselesaan ada pada semua orang tak kira samada miskin atau kaya.
Anda tentu rasa orang miskin dan susah tidak berada di dalam keselesaan. Tetapi sebenarnya mereka selesa dalam kesusahan yang mereka hadapi. Orang yang menjual kacang putih yang kelihatan susah dari luar tidak sanggup mengubah keadaannya semata-mata tidak sanggup melepaskan keselesaannya bersusah payah menyediakan kacang putih untuk dijual.
Bagi penjual kacang putih, berehat dan berfikir bagaimana dia boleh menjadi pengimpot kacang putih lalu diedarkan kepada kesemua penjual kacang putih lain merupakan satu benda yang bakal mencuri keselesaannya. Lalu ia tidak akan sanggup melakukan semua itu dan kekallah dia menjadi penjual kacang putih dari muda hingga ke tua.
Bagi mereka yang makan gaji, menulis surat letak jawatan untuk menjadi usahawan bakal merobek keselesaannya, lalu dia tidak sanggup. Syarat untuk dia lakukan itu adalah, keselesaanya tidak terganggu. Sudah tentu ia sesuatu yang tidak mungkin dapat dicapai selagi menjadi usahawan bukan merupakan perkara yang sering diulanginya sehingga menjadi tabiat.
Maka saya perturunkan petua penting untuk anda berubah menjadi lebih baik daripada sekarang.
Jual keselesaan yang anda ada sekarang untuk membentuk satu yang baru. Ulang dan ulang perkara baru tersebut sehinggalah ia terbentuk menjadi tabiat baru di mana anda pada masa itu berada pada satu tahap keselesaan yang lebih baik daripada sekarang.
Dan begitulah seterusnya setiap keselesaan yang terbentuk perlu dijual semula untuk menghasilkan satu tahap keselesaan yang baru...sehinggalah anda meninggalkan dunia ini.