Ada seorang kenalan yang saya cuba memberikan semangat setiap kali
berjumpa dengannya agar berusaha gigih tanpa terlalu banyak memikirkan
perkara negatif.
Setiap kali dicadangkan padanya untuk melakukan sesuatu, ada saja alasannya untuk tidak melakukannya. Dia cukup bijak mencari sebab kenapa dia tidak boleh buat.
Satu ketika saya mencadangkan agar dia menjalankan perniagaannya sendiri sahaja daripada berterusan mencari alasan dan menyalahkan pada kelemahan syarikat.
Dengan selamba dia berkata, saya cakap mudah, sebab saya ada wang. Orang yang ada wang sahaja yang senang memulakan perniagaan sedangkan dia tidak ada keistimewaan itu.
Itu merupakan satu bola tanggung yang saya tunggu-tunggu untuk memberikannya pengajaran.
Saya menjawab bahawa saya mula berniaga dengan tidak ada wang simpanan dan tidak ada hartanah walaupun sebuah rumah kecil.
Dari kesusahan itulah saya mula menapak sedikit demi sedikit sampai ke tahap apa yang saya ada sekarang. Bukannya nak kata saya kaya raya, tetapi sekurang-kurangnya saya ada lebih sedikit daripada saat saya mula berniaga dahulu.
Dari zero modal, saya berjaya membina beberapa syarikat, membeli hartanah dan mempunyai sedikit simpanan di samping masih punyai sedikit pendapatan untuk menyara keluarga, makan minum serta pendidikan mereka.
Secara jujurnya saya tak pernah termimpi mampu mendapatkan kesemua itu ketika saya makan gaji dahulu kerana setiap kali gaji masuk, semuanya akan keluar semula dibelanjakan entah ke mana tanpa ada baki.
Ramai yang bermula dari bawah
Lihat kebanyakan mereka yang ada di atas sekarang, samada Bill Gates, mendiang Steve Job, Syed Mokhtar Al-Bukhari, atau kenalan yang anda ada sendiri.
Mereka bermula dari bawah di mana ketika itu tiada sesiapa yang sudi menyebut nama mereka atau memaparkan nama mereka di muka akhbar atau menjemput mereka memberikan ceramah pada para eksekutif perindustrian.
Kemiskinan atau kesusahan bukan satu alasan untuk mengejar cita-cita dan berusaha membina kejayaan atau kekayaan.
Saya memberikan kata akhir padanya...
Kalau apa yang saya katakan tadi masih tidak mampu membuatkan anda berfikiran positif dan mula berusaha, jelas dan terang anda sebenarnya pemalas dan selesa dengan keadaan sekarang!
Oleh itu berhenti mengeluh dan menyalahkan semua orang di sekeliling dengan berkata mereka semua tak betul. Lebih baik anda bersyukur dan menghargai keselesaan yang ada sekarang sebelum semuanya ditarik balik oleh Yang Maha Berkuasa.

Lagipun anda tidak ada apa-apa sekarang di dalam keadaan susah atau miskin. Apa yang nak di takutkan hilang?Kembali pada kawan yang saya berikan syarahan secara percuma di atas tadi. Dia ternganga mendengar cakap saya dan tidak ada jawapan untuk menolak atau memberikan alasan lagi.
Saya memberikan kata akhir padanya...
Kalau apa yang saya katakan tadi masih tidak mampu membuatkan anda berfikiran positif dan mula berusaha, jelas dan terang anda sebenarnya pemalas dan selesa dengan keadaan sekarang!
Oleh itu berhenti mengeluh dan menyalahkan semua orang di sekeliling dengan berkata mereka semua tak betul. Lebih baik anda bersyukur dan menghargai keselesaan yang ada sekarang sebelum semuanya ditarik balik oleh Yang Maha Berkuasa.
No comments:
Post a Comment