Pages

Sunday, 14 July 2013

Langkah membina perniagaan sendiri.

Bukan mudah untuk menjadikan perniagaan kita berjaya. Bukan mudah untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Itu satu fakta pahit yang perlu ditelan oleh semua orang yang ingin jadi usahawan. Kalau berniaga itu mudah dan berjaya itu datangnya pantas, sudah tentu dah ramai yang jadi usahawan berbanding makan gaji.

Namun begitu, untuk berjaya terutamanya bagi mereka yang benar-benar mahukannya adalah sesuatu yang boleh dicapai.

Untuk menjadi usahawan berjaya dan membina satu perniagaan yang berjaya tidak memerlukan anda menjadi seorang pakar ekonomi ataupun ahli sains.


Ringkasnya anda tak perlu menghafal atau memahami formula sukar dan panjang untuk menjayakan perniagaan anda dan menjadi usahawan berjaya.

Oleh itu, samada anda sedang menjalankan perniagaan kerepek, goreng pisang, nasi lemak, mee goreng, laksa, koew teaw kerang, cendol, ABC, burger, kacang rebus, jagung rebus, rojak buah, khidmat mengurut, nasi campur, jual t-shirt, jual kasut, baiki peti ais, baiki mesin basuh, baiki, mesin jahit, baiki komputer, baiki basikal, baiki motor.......atau apa-apa saja perniagaan secara kecil-kecian...

Anda perlu berikan perhatian pada 5 perkara ringkas di bawah untuk membina kejayaan perniagaan dan juga juga diri anda sendiri sebagai seorang usahawan:

  1. Melakarkan peta perniagaan. Mulakan dengan matlamat asas yang mudah beserta dengan perancangan ringkas untuk mencapainya. Ambil masa untuk gambarkan bagaimana rupanya perniagaan anda apabila matlamat dicapai.
  2. Uruskan perasaan takut. Semua orang punyai rasa takut terutamanya pada perkara buruk yang mungkin mendatang. Uruskan rasa takut itu dengan membuat persediaan yang sesuai bagi menghadapinya. Takut bukan untuk kita berpatah balik, sebaliknya mesej daripada minda separa sedar agar kita bersedia dan mencari jalan mengatasinya jika ia berlaku.
  3. Perbaiki kemahiran penggunaan masa. Semua orang sedikit sebanyak pasti menghadapi masalah dengan pengurusan masa. Terlalu banyak nak dilakukan dan masa tetap hanya 24 jam. Apa yang membezakan orang berjaya dengan tidak adalah kemahiran memilih apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu ditinggalkan.
  4. Pergunakan kekuatan dan kelemahan. Berikan tumpuan pada kerja yang ada cekap dan mahir. Gunakan kekuatan atau kelebihan anda sepenuhnya. Jangan buang masa mengatasi kelemahan yang ada. Dapatkan pertolongan orang lain bagi melaksanakan kerja yang anda lemah. 
  5. Uruskan aliran wang anda. Ini musuh nombor satu yang banyak membunuh usahawan menjadi muflis dan gulung tikar. Mulakan dengan memahami perkara asas berkenaan akaun dan seterusnya buat perkara asas yang semua orang mampu fahami, "duit masuk mesti lebih banyak daripada duit keluar".

No comments:

Post a Comment